SHAH ALAM, 4 Jun - Dewan Ulama PAS Pusat yakin dan percaya walau sejahat atau sefasiq mana pun manusia beragama Islam, mereka tetap berpeluang untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T. untuk kembali ke pangkal jalan. Demikian ujar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor pagi ini.
"Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS adalah sebuah parti politik Islam. Selain itu seluruh dunia tahu bahawa PAS juga sebuah Harakah Islamiyyah, gerakan Islam yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai tunjang utama gerakannya," katanya dalam ucapan Dasar tersebut.
Namun ujarnya, adalah amat malang jika terdapat segolongan ahli dan pendokong PAS yang tidak mahu berinteraksi apa lagi meneruskan agenda dakwah kepada non muslim dan agenda amar makruf nahi mungkar kepada saudara sesama Islam.
"Ibarat kata-kata hikmat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS akan membubarkan parti itu sekiranya Umno bersedia hendak mengamalkan Islam dalam hidup bernegara dan masyarakat," ujarnya.
Begitu juga dengan kata-kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa PAS melawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan peraturan dan perlembagaan penjajah.
"Sekalipun kita menentang Umno, misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini," katanya lagi.
About Me
- Saifullah musa..
- seorang hamba yang lemah..yg memerlukan petunjuk dan bimbinganNya.. selama masih diberi nikmat hidup olehNya..untuk mencari mutiara2 ilmu yang berharga seterusnya mengamalkan apa yang dicari dan dijumpai ngan sebaiknya..masih menuntut ilmu Allah di MA'AHAD DARUL QURAN..berada di Thalith Thanawi syafie..
Kam sa'Ah aL aAn??
Welcome
-
▼
2009
(29)
-
▼
June
(12)
- Jualan Telah Bermula
- Darul Quran Telah Dibuka
- PRK ManikUrai,Peluang PAS Cerah
- Nizar.6 lagi digantung sidang parlimen
- Umno lembab, PAS mulai kempen di Manek Urai
- Rosol: Tiada kaitan stadium runtuh
- Pemuda PAS: Tukar nama SIS jika mahu terus aktif
- Mahathir Tidak Setuju Kerajaan Perpaduan
- Kerjasama Erat Pakatan Dicemburui UMNO
- Dakwah dan Tarbiyyah Tunjang Gerakan PAS
- Siapa terpilih?Husam atau Nasha?
- STADIUM SULTAN MIZAN GONG BADAK RUNTUH...SIAPA YAN...
-
▼
June
(12)
Posted by
Saifullah musa..
Friday, June 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)