Assalamualaikum w.b.t...Setelah dq dibukakan selama dua minggu,Thanawi 3 banin telah memulakan jualan keropok goreng pada waktu petang..Tujuan jualan untuk menampung perbelanjaan robi' tahun hadapan..Setelah imtihan berlalu,pelajar kini menunggu pula keputusan yang akan diumumkan oleh ust..Setahu ana ,imtihan pertengahan tahun baru-baru ini ade juga thanawi 3 tidak lulus..Ini cukup menyedihkan ana..Kemungkinan mereka ini tidak akan naik robi' pada tahun hadapan..Jadi berusahalah bersungguh-sungguh pada imtihan yang akan datang ini...Wassalam

Assalamualaikum w.b.t..Dua minggu cuti sekolah berlalu,kini dq telah dibuka..Tapi ana masih belum ke sekolah..Ini kerana tangan ana yang sakit selepas bermain badminton bersama kawan ana..Walaupun duduk dekat rumah,maklumat tentang sekolah sampai setiap hari..Kawan2 ana semua sudah pergi..Ana juga sedih bila tidak bersama kawan2 di sekolah..Pada musim cuti baru nie banyak kerja yang ana buat..Ana bersama wakil rakyat dun Ladang gi ziarah penduduk..Ana dengan wakil rakyat Ladang macam isi dengan kukulah...Yang ana sedih sekali ana tidak dapat gi ke Muktamar...Tapi pada bulan 7 nie ana akan cuti sekolah selama beberapa hari sebab ana nok gi ke Manik Urai...Setakat nie lah ana dapat coretkan ...wassalam



HULU TERENGGANU – PAS mempunyai peluang yang cerah untuk mengulangi kejayaan dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Kelantan, sebagaiamana kejayaan yang dicapai dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata berdasarkan pencapaian masa lampau peluang PAS untuk mengekalkan kemenangan adalah lebih besar.

”Kita (PAS) yakin berdasarkan kepada ‘track rekod’ yang ada kita mempunyai harapan yang lebih besar untuk mencapai kejayaan itu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Bagaimana pun, dengan pengundi Melayu melebihi 99 peratus beliau tidak menolak pertembungan yang sengit akan berlaku di antara PAS dan Barisan Nasional (BN) kerana kedua-dua parti akan cuba menawan hati para pengundi Melayu.


Katanya, PAS Terengganu akan membantu PAS Kelantan yang lebih mengetahui strategi dan tektik untuk memenangi pilihanraya tersebut.

”Tektik dan strategi kita (PAS) untuk menawan hati pengundi di Manek Urai, hanya orang Kelantan sahaja yang tahu dan lebih arif daripada kita,

”Kita (Terengganu) membantu mereka (Kelantan), segala pendekatan dan cara hendak mengambil hati pengundi orang Manek Urai akan diatur (oleh) orang Kelantan,

”mereka akan beri taklimat kepada kita, kita (PAS Terengganu) tidak boleh buat strategi sendiri,”jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, PAS Terengganu akan turun ke Manek Urai secara rasmi bermula pada 19hb Jun.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu (JPNT), Ariffin Deraman berkata para petugas PAS Terengganu akan dihantar mengikut kawasan masing-masing dari tarikh tersebut sehingga hari mengundi pada 14 Julai depan.

”Kita (petugas PAS Terengganu) akan turun bermula 19hb Jun sehingga hari mengundi (14 Julai) mengikut kawasan, kita diarahkan bertugas di Peti Undi Laloh (Lakloh) bersama kawasan pembantu Gua Musang,”katanya ketika dihubungi Buletin Online semalam.

Beliau yang telah pun membuat tinjauan pada 14 Jun, Ahad lalu, berkata ribuan petugas dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya dari PAS akan berada di Kelantan terutama pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Ketika ditanya bagaimana sambutan jentera Peti Undi Laloh beliau berkata, “kami di terima baik oleh jentera Unit Peti Undi dan jentera operasi serta kawasa pembantu,”.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut adalah Pengarah JPNT Hj Yahaya Ali, Pengerusi MTD Chujai, Hj Hanafiah Mat dan Bendahari Kawasan Kemaman Haji Johan


Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Allahyarham yang mewakili Pas mula memenangi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985 dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.




kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 07Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.Seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi."Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."Beliau berkata, jentera pilihnaraya PAS dari seluruh negara sudah datang ke Manek Urai sejak beberapa minggu lalu."Mereka terus pergi ke kawasan-kawasan kuat PAS berjumpa orang kampung memujuk supaya terus mengundi PAS."Yang lain pula datang memberi bantuan kepada PAS Manek Urai untuk menghadapi pilihanraya ini," katanya.

Sementara itu, bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar menegaskan kembali bahawa BN memerlukan calon seperti Ismail, juga dikenali Pak Su Wel, untuk menang dalam pilihanraya kecil itu."Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung," katanya."Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid hari ini tampil memberi penjelasan berhubung insiden bumbung RM25 juta Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh minggu lalu.

Rosol berkata belaiu "tidak ada kena-mengena" dengan kontrak kepada syarikat dari Korea yang dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan bumbung stadium baru tersebut."Saya bukan ahli lembaga pengarah (yang memberi kontrak), bagaimana meletakkan kesalahan itu kepada saya?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosol, bekas exco kebajikan Terengganu dan setiausaha perhubungan Umno negeri, diminta menjawab satu artikel di blog Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) yang menggesa beliau menjelaskan insiden tersebut."Bukankah baik jika Rosol memainkan peranan proaktif menerangkan apa yang dia tahu mengenai projek bernilai RM292 juta ini, dibina ketika dia salah seorang exco kanan dalam kerajaan pimpinan DSIJ (Datuk Seri Idris Jusoh)," tulis blog tersebut.

Tulisan bertajuk "Stadium runtuh – di manakah mereka" yang dimuatkan Jumaat lalu meminta dua pemimpin politik itu memberikan versi mereka dalam insiden tersebut.Walaupun mengakui mengenali kontraktor tempatan yang menyiapkan struktur stadium tersebut, Rosol berkata keruntuhan bumbung itu tidak boleh dipersalahkan kepada mereka.

"Tidak boleh dikaitkan kontraktor (yang menyiapkan struktur) bangunan, cuma bumbung yang runtuh, ia dibuat oleh kontraktor luar."Arkitek pun kena (dipersalahkan), pada hal mereka tak ada kaitan langsung," tegas Rosol.Kontraktor tempatan itu diberikan kontrak tersebut berdasarkan rekod pencapaiannya yang baik, tambahnya.

"Projek mereka tidak pernah gagal dan siap dalam tempoh sebelum dirasmikan," katanya.

Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia. Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif."

"Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan."Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis.

"Nasruddin, seorang ustaz kelulusan Mesir, terus menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan harus bersidang bagi mengambil sikap terhadap SIS, sekaligus mengeluarkan fatwa sama ada NGO ini layak mengunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka atau tidak.

"Jika tidak layak (guna nama Islam), maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif dalam berpersatuan kerana mereka tidak lagi dianggap mewakili suara wanita dan umat Islam keseluruhannya," katanya. Beliau mengulas kenyataan DAP dan PKR semalam yang menggesa PAS menimbang semula usul tersebut yang dianggap tidak demokratik dan bercanggah dengan hak-hak asasi.Ahad lalu, muktamar ke-55 parti itu meluluskan 12 usul tanpa dibahas, antaranya menggesa NGO wanita itu disiasat oleh majlis fatwa dan mengharamkan jika didapati bertentangan dengan Islam."(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena adapembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama."Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.


"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini. Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara."Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politikjugak tau," katanya sambil tersenyum.Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.


Kerjasama erat yang diperlihatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar sempena Muktamar PAS Pusat kali ke-55.
I




Ucapan itu disampaikan Ustaz Hadi di hadapan perwakilan dan pemerhati sempena muktamar ke-55 hari ini.
Menurut Ustaz Hadi, sepanjang tempoh setahun selepas Muktamar di Ipoh Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekali gus menjana perubahan lanskap politik negara.
Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil ? bermula dengan Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.
Beliau menegaskan, kesemua pilihan raya ini sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur.
"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber Media Baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.
"Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.
"Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa iri hati dan merasa bahang kepanasannya," kata Presiden PAS.
Kemuncak daripada keangkuhan dan iri hati itu, Umno/BN melakukan tindakan tanpa susila, Umno/BN merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama dibina di negeri Perak Darul Ridzuan, ujarnya.
Ustaz Hadi juga menyatakan Umno/BN telah mengetepikan suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan tiadanya pemisahan kuasa dalam badan kehakiman.
Katanya lagi, kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik.
"Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan 'standing order' Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa," katanya.
Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, kata Ustaz Hadi lagi.
Begitupun kuat cabaran dan ugutan yang dihadapkan ke atas PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, kerjasama erat yang terjalin tetap utuh menyebabkan lawan cemburu, katanya.
Justeru beliau mengingatkan kerjasama itu perlu diperkuatkan dengan temannya, PAS sendiri mendepani perubahan dengan tema 'Islam Memimpin Perubahan.

SHAH ALAM, 4 Jun - Dewan Ulama PAS Pusat yakin dan percaya walau sejahat atau sefasiq mana pun manusia beragama Islam, mereka tetap berpeluang untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T. untuk kembali ke pangkal jalan. Demikian ujar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor pagi ini.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS adalah sebuah parti politik Islam. Selain itu seluruh dunia tahu bahawa PAS juga sebuah Harakah Islamiyyah, gerakan Islam yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai tunjang utama gerakannya," katanya dalam ucapan Dasar tersebut.

Namun ujarnya, adalah amat malang jika terdapat segolongan ahli dan pendokong PAS yang tidak mahu berinteraksi apa lagi meneruskan agenda dakwah kepada non muslim dan agenda amar makruf nahi mungkar kepada saudara sesama Islam.

"Ibarat kata-kata hikmat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS akan membubarkan parti itu sekiranya Umno bersedia hendak mengamalkan Islam dalam hidup bernegara dan masyarakat," ujarnya.

Begitu juga dengan kata-kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa PAS melawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan peraturan dan perlembagaan penjajah.

"Sekalipun kita menentang Umno, misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini," katanya lagi.

Lebih 1,000 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam Musa yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Tokoh popular parti itu Mohamad Sabu, yang turut menawar diri dalam persaingan tersebut, dijangka boleh menggugat peluang Husam apabila mengalih undi exco kerajaan Kelantan itu kepadanya.Perwakilan mula membuang undi untuk melantik jawatan-jawatan kanan parti dan barisan ahli jawatankuasa pusat PAS kira-kira 3.30 petang ini selepas persidangan ditangguhkan untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak dicabar - menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Islam Memimpin Perubahan" di muktamar ke-55 yang diadakan selama tiga hari di Shah Alam.Pengundian dimulakan oleh pemimpin-pemimpin paling kanan parti dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului ahli -ahli Majlis Syura dan kemudian diikuti jawatankuasa pusat PAS.Sebanyak 40 tempat mengundi disediakan di belakang pentas utama. Proses pengundian tamat jam 6 petang dan sidang muktamar akan disambung semula 9 pagi. Pengumuman rasmi calon-calon yang menang akan dibuat setengah jam selepas itu.

Keputusan persaingan Husam dan Nasharuddin, yang dijangka diketahui malam ini, paling dinanti-nantikan oleh penyokong PAS dan pengamat politik nasional. Husam dan Nasharuddin - dianggap mewakili dua aliran bertentangan antara masing-masing "kumpulan Erdogan" dan pro-muqabalah dengan Umno - akan mencorak masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dan strategi parti menjelang pilihanraya umum akan datang.Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak. Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.[Laporan penuh menyusul]

Assalamualaikum w.b.t..Bersyukur kepada allah kerana telah meruntuhkan 70% daripada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin....Kejadian ini berlaku pada pukul 8.00 pagi waktu Malaysia...Stadium ini dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tahun lepas..Sekiranya tidak diruntuhkan oleh allah maka bertambah maksiat di Ganu Kite...Stadium ini adalah tempat perlawanan bola sepak dan konsert-konsert diadakan...Stadium ini dibina dengan beratus ribu duit rakyat Ganu...Tetapi hanya menguntungkan kroni sahaja..Di bawah ini sebahagian gambar yang diambil oleh ana semasa ke sana..Ambilah ikhtibar dari apa yang berlaku..Bermacam-macam bala yang diturunkan oleh allah kepada manusia.tetapi manusia masih ingkar.........Mudah-mudahan rakyat Ganu berubah dan menjauhi maksiat...Wassalam