Assalamualaikum w.b.t...Setelah dq dibukakan selama dua minggu,Thanawi 3 banin telah memulakan jualan keropok goreng pada waktu petang..Tujuan jualan untuk menampung perbelanjaan robi' tahun hadapan..Setelah imtihan berlalu,pelajar kini menunggu pula keputusan yang akan diumumkan oleh ust..Setahu ana ,imtihan pertengahan tahun baru-baru ini ade juga thanawi 3 tidak lulus..Ini cukup menyedihkan ana..Kemungkinan mereka ini tidak akan naik robi' pada tahun hadapan..Jadi berusahalah bersungguh-sungguh pada imtihan yang akan datang ini...Wassalam

Assalamualaikum w.b.t..Dua minggu cuti sekolah berlalu,kini dq telah dibuka..Tapi ana masih belum ke sekolah..Ini kerana tangan ana yang sakit selepas bermain badminton bersama kawan ana..Walaupun duduk dekat rumah,maklumat tentang sekolah sampai setiap hari..Kawan2 ana semua sudah pergi..Ana juga sedih bila tidak bersama kawan2 di sekolah..Pada musim cuti baru nie banyak kerja yang ana buat..Ana bersama wakil rakyat dun Ladang gi ziarah penduduk..Ana dengan wakil rakyat Ladang macam isi dengan kukulah...Yang ana sedih sekali ana tidak dapat gi ke Muktamar...Tapi pada bulan 7 nie ana akan cuti sekolah selama beberapa hari sebab ana nok gi ke Manik Urai...Setakat nie lah ana dapat coretkan ...wassalam



HULU TERENGGANU – PAS mempunyai peluang yang cerah untuk mengulangi kejayaan dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Kelantan, sebagaiamana kejayaan yang dicapai dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata berdasarkan pencapaian masa lampau peluang PAS untuk mengekalkan kemenangan adalah lebih besar.

”Kita (PAS) yakin berdasarkan kepada ‘track rekod’ yang ada kita mempunyai harapan yang lebih besar untuk mencapai kejayaan itu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Bagaimana pun, dengan pengundi Melayu melebihi 99 peratus beliau tidak menolak pertembungan yang sengit akan berlaku di antara PAS dan Barisan Nasional (BN) kerana kedua-dua parti akan cuba menawan hati para pengundi Melayu.


Katanya, PAS Terengganu akan membantu PAS Kelantan yang lebih mengetahui strategi dan tektik untuk memenangi pilihanraya tersebut.

”Tektik dan strategi kita (PAS) untuk menawan hati pengundi di Manek Urai, hanya orang Kelantan sahaja yang tahu dan lebih arif daripada kita,

”Kita (Terengganu) membantu mereka (Kelantan), segala pendekatan dan cara hendak mengambil hati pengundi orang Manek Urai akan diatur (oleh) orang Kelantan,

”mereka akan beri taklimat kepada kita, kita (PAS Terengganu) tidak boleh buat strategi sendiri,”jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, PAS Terengganu akan turun ke Manek Urai secara rasmi bermula pada 19hb Jun.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu (JPNT), Ariffin Deraman berkata para petugas PAS Terengganu akan dihantar mengikut kawasan masing-masing dari tarikh tersebut sehingga hari mengundi pada 14 Julai depan.

”Kita (petugas PAS Terengganu) akan turun bermula 19hb Jun sehingga hari mengundi (14 Julai) mengikut kawasan, kita diarahkan bertugas di Peti Undi Laloh (Lakloh) bersama kawasan pembantu Gua Musang,”katanya ketika dihubungi Buletin Online semalam.

Beliau yang telah pun membuat tinjauan pada 14 Jun, Ahad lalu, berkata ribuan petugas dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya dari PAS akan berada di Kelantan terutama pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Ketika ditanya bagaimana sambutan jentera Peti Undi Laloh beliau berkata, “kami di terima baik oleh jentera Unit Peti Undi dan jentera operasi serta kawasa pembantu,”.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut adalah Pengarah JPNT Hj Yahaya Ali, Pengerusi MTD Chujai, Hj Hanafiah Mat dan Bendahari Kawasan Kemaman Haji Johan


Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Allahyarham yang mewakili Pas mula memenangi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985 dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.




kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 07Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.Seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi."Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."Beliau berkata, jentera pilihnaraya PAS dari seluruh negara sudah datang ke Manek Urai sejak beberapa minggu lalu."Mereka terus pergi ke kawasan-kawasan kuat PAS berjumpa orang kampung memujuk supaya terus mengundi PAS."Yang lain pula datang memberi bantuan kepada PAS Manek Urai untuk menghadapi pilihanraya ini," katanya.

Sementara itu, bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar menegaskan kembali bahawa BN memerlukan calon seperti Ismail, juga dikenali Pak Su Wel, untuk menang dalam pilihanraya kecil itu."Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung," katanya."Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid hari ini tampil memberi penjelasan berhubung insiden bumbung RM25 juta Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh minggu lalu.

Rosol berkata belaiu "tidak ada kena-mengena" dengan kontrak kepada syarikat dari Korea yang dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan bumbung stadium baru tersebut."Saya bukan ahli lembaga pengarah (yang memberi kontrak), bagaimana meletakkan kesalahan itu kepada saya?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosol, bekas exco kebajikan Terengganu dan setiausaha perhubungan Umno negeri, diminta menjawab satu artikel di blog Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) yang menggesa beliau menjelaskan insiden tersebut."Bukankah baik jika Rosol memainkan peranan proaktif menerangkan apa yang dia tahu mengenai projek bernilai RM292 juta ini, dibina ketika dia salah seorang exco kanan dalam kerajaan pimpinan DSIJ (Datuk Seri Idris Jusoh)," tulis blog tersebut.

Tulisan bertajuk "Stadium runtuh – di manakah mereka" yang dimuatkan Jumaat lalu meminta dua pemimpin politik itu memberikan versi mereka dalam insiden tersebut.Walaupun mengakui mengenali kontraktor tempatan yang menyiapkan struktur stadium tersebut, Rosol berkata keruntuhan bumbung itu tidak boleh dipersalahkan kepada mereka.

"Tidak boleh dikaitkan kontraktor (yang menyiapkan struktur) bangunan, cuma bumbung yang runtuh, ia dibuat oleh kontraktor luar."Arkitek pun kena (dipersalahkan), pada hal mereka tak ada kaitan langsung," tegas Rosol.Kontraktor tempatan itu diberikan kontrak tersebut berdasarkan rekod pencapaiannya yang baik, tambahnya.

"Projek mereka tidak pernah gagal dan siap dalam tempoh sebelum dirasmikan," katanya.

Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia. Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif."

"Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan."Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis.

"Nasruddin, seorang ustaz kelulusan Mesir, terus menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan harus bersidang bagi mengambil sikap terhadap SIS, sekaligus mengeluarkan fatwa sama ada NGO ini layak mengunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka atau tidak.

"Jika tidak layak (guna nama Islam), maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif dalam berpersatuan kerana mereka tidak lagi dianggap mewakili suara wanita dan umat Islam keseluruhannya," katanya. Beliau mengulas kenyataan DAP dan PKR semalam yang menggesa PAS menimbang semula usul tersebut yang dianggap tidak demokratik dan bercanggah dengan hak-hak asasi.Ahad lalu, muktamar ke-55 parti itu meluluskan 12 usul tanpa dibahas, antaranya menggesa NGO wanita itu disiasat oleh majlis fatwa dan mengharamkan jika didapati bertentangan dengan Islam."(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena adapembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama."Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.


"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini. Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara."Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politikjugak tau," katanya sambil tersenyum.Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.


Kerjasama erat yang diperlihatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar sempena Muktamar PAS Pusat kali ke-55.
I




Ucapan itu disampaikan Ustaz Hadi di hadapan perwakilan dan pemerhati sempena muktamar ke-55 hari ini.
Menurut Ustaz Hadi, sepanjang tempoh setahun selepas Muktamar di Ipoh Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekali gus menjana perubahan lanskap politik negara.
Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil ? bermula dengan Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.
Beliau menegaskan, kesemua pilihan raya ini sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur.
"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber Media Baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.
"Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.
"Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa iri hati dan merasa bahang kepanasannya," kata Presiden PAS.
Kemuncak daripada keangkuhan dan iri hati itu, Umno/BN melakukan tindakan tanpa susila, Umno/BN merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama dibina di negeri Perak Darul Ridzuan, ujarnya.
Ustaz Hadi juga menyatakan Umno/BN telah mengetepikan suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan tiadanya pemisahan kuasa dalam badan kehakiman.
Katanya lagi, kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik.
"Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan 'standing order' Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa," katanya.
Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, kata Ustaz Hadi lagi.
Begitupun kuat cabaran dan ugutan yang dihadapkan ke atas PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, kerjasama erat yang terjalin tetap utuh menyebabkan lawan cemburu, katanya.
Justeru beliau mengingatkan kerjasama itu perlu diperkuatkan dengan temannya, PAS sendiri mendepani perubahan dengan tema 'Islam Memimpin Perubahan.

SHAH ALAM, 4 Jun - Dewan Ulama PAS Pusat yakin dan percaya walau sejahat atau sefasiq mana pun manusia beragama Islam, mereka tetap berpeluang untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T. untuk kembali ke pangkal jalan. Demikian ujar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor pagi ini.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS adalah sebuah parti politik Islam. Selain itu seluruh dunia tahu bahawa PAS juga sebuah Harakah Islamiyyah, gerakan Islam yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai tunjang utama gerakannya," katanya dalam ucapan Dasar tersebut.

Namun ujarnya, adalah amat malang jika terdapat segolongan ahli dan pendokong PAS yang tidak mahu berinteraksi apa lagi meneruskan agenda dakwah kepada non muslim dan agenda amar makruf nahi mungkar kepada saudara sesama Islam.

"Ibarat kata-kata hikmat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS akan membubarkan parti itu sekiranya Umno bersedia hendak mengamalkan Islam dalam hidup bernegara dan masyarakat," ujarnya.

Begitu juga dengan kata-kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa PAS melawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan peraturan dan perlembagaan penjajah.

"Sekalipun kita menentang Umno, misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini," katanya lagi.

Lebih 1,000 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam Musa yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Tokoh popular parti itu Mohamad Sabu, yang turut menawar diri dalam persaingan tersebut, dijangka boleh menggugat peluang Husam apabila mengalih undi exco kerajaan Kelantan itu kepadanya.Perwakilan mula membuang undi untuk melantik jawatan-jawatan kanan parti dan barisan ahli jawatankuasa pusat PAS kira-kira 3.30 petang ini selepas persidangan ditangguhkan untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak dicabar - menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Islam Memimpin Perubahan" di muktamar ke-55 yang diadakan selama tiga hari di Shah Alam.Pengundian dimulakan oleh pemimpin-pemimpin paling kanan parti dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului ahli -ahli Majlis Syura dan kemudian diikuti jawatankuasa pusat PAS.Sebanyak 40 tempat mengundi disediakan di belakang pentas utama. Proses pengundian tamat jam 6 petang dan sidang muktamar akan disambung semula 9 pagi. Pengumuman rasmi calon-calon yang menang akan dibuat setengah jam selepas itu.

Keputusan persaingan Husam dan Nasharuddin, yang dijangka diketahui malam ini, paling dinanti-nantikan oleh penyokong PAS dan pengamat politik nasional. Husam dan Nasharuddin - dianggap mewakili dua aliran bertentangan antara masing-masing "kumpulan Erdogan" dan pro-muqabalah dengan Umno - akan mencorak masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dan strategi parti menjelang pilihanraya umum akan datang.Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak. Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.[Laporan penuh menyusul]

Assalamualaikum w.b.t..Bersyukur kepada allah kerana telah meruntuhkan 70% daripada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin....Kejadian ini berlaku pada pukul 8.00 pagi waktu Malaysia...Stadium ini dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada tahun lepas..Sekiranya tidak diruntuhkan oleh allah maka bertambah maksiat di Ganu Kite...Stadium ini adalah tempat perlawanan bola sepak dan konsert-konsert diadakan...Stadium ini dibina dengan beratus ribu duit rakyat Ganu...Tetapi hanya menguntungkan kroni sahaja..Di bawah ini sebahagian gambar yang diambil oleh ana semasa ke sana..Ambilah ikhtibar dari apa yang berlaku..Bermacam-macam bala yang diturunkan oleh allah kepada manusia.tetapi manusia masih ingkar.........Mudah-mudahan rakyat Ganu berubah dan menjauhi maksiat...Wassalam









































































































































Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.
Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.
Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu.
Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.
Satu lagi kawasan – Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan – mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden.
Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.
Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.
Calon timbalan
Empat lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden – Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu.
Nasharuddin, Abdul Razak, Dr Harun turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohd Sabu dan Ahmad Awang.
Pertandingan adalah untuk merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS bulan depan. Sepuluh lagi calon naib presiden ialah:
1. Datuk Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor, exco kerajaan Selangor)2. Idris Ahmad (ahli jawatankuasa pusat PAS, dan ahli Parlimen Tumpat)3. Datuk Kamaruddin Jaffar (Setiausaha agung PAS)4. Datuk Mahfuz Omar (Ketua penerangan dan MP Pokok Sena)5. Nik Mohd Amar Nik Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan)6. Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar).7. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak)8. Salahuddin Ayub (MP Kubang Krian)9. Taib Azamuddin (MP Baling)10. Datuk Ibrahim Tuan Man
Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti.
Menurut Mustafa, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka bertanding.
Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu, manakala pencalonan bagi jawatan utama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS adalah pada 17 Mei ini.
Senarai muktamad 26 Mei
Menurut Mustafa, senarai calon muktamad yang akan bertanding bagi jawatan utama parti, termasuk Pemuda dan Muslimat akan diumumkan pada 26 Mei depan.
Katanya, PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara dan 137 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama utama.
Tambahnya, 1,000 hingga 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar parti itu awal bulan depan. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan peratusan pencalonan bagi calon-calon terbabit.
Dalam sidang media yang sama, Mustafa turut menegur laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita yang menyatakan Nasarudin Mat Isamendapat 60 peratus pencalonan.
“Dapat mana ni?… Dan dalam berita yang sama ada dihubungkait secara tidak langsung sidang media saya di Kuala Terengganu di mana saya tak pernah sebut perkara ini…ia boleh mengelirukan orang.
“Saya pun dihubungi oleh banyak pihak termasuk pemimpin PAS, apakah jawatankuasa ini dah dedahkan dia punya (pencalonan)… jadi integriti saya tu tak berapa baguslah.
“Kita tak pernah dedah siapa yang dapat banyak pencalonan. Tidak pernah.
“Berita itu tak betul. Tak pernah daripada jawatankuasa ini menyiarkan siapa yang dapat berapa peratus calon atau berapa banyak pencalonan.”(Cuma) yang kita beritahu dekat calon sendiri, berapa pencalonan yang dia dapat. Kita beritahu,” kata Mustafa.
Mengulas mengenai dakwaan terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan melalui penganjuran jamuan dan pemberian baju, Mustafa berkata, beliau tidak menerima apa-apa laporan berhubung perkara tersebut.
“Saya tidak menerima laporan sebab saya yakin perkara ini tidak berlaku. Saya tidak risau sebab perkara ini saya yakin tidak berlaku,” katanya.
Menjawab soalan berhubung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM akan menyiasat berhubung perkara tersebut, Mustafa berkata:”Tidak berbangkit sebab saya sendiri tidak terima laporan apa-apa,” katanya.
Difailkan dalam: Uncategorized




Petikan kosmo online.
Mana hilang beras murah?



Oleh WARTAWAN KOSMO!berita@kosmo.com.my





















SYED MOHAMAD FAZRUL menunjukkan ruangan kosong yang sepatutnya tempat beras murah ST15 di Cheras, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.
Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.
Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.
Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.
Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.
Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.
Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.
“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Assalamualaikum w.b.t..Pada tahun ini , Muktamar Pas Pusat akan diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan...Di bawah ini ana dapat paparkan sedikit jadual perjalanan Muktanar kali ini...

Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48
Tarikh : 10 Jamadil Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan
2.Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50
Tarikh : 10 Jamadil Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan
3.Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49
Tarikh : 10 Jamadil Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
4.Muktamar Penuh PAS Kali ke-55
Tarikh : 11,12 dan 13 Jamadil Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2009
Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan


Assalamualaikum w.b.t..Pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu,YM Dato Tengku Hasan Bin Tengku Omar telah memenangi Dewan Undangan N.15 Ladang dengan majoriti 31 undi..Selepas pilihanraya tersebut,JKK Lorong Kemunting iaitulah Mahari Endut

bersama umno terengganu telah menfailkan petisyen supaya kertas undi pos dikira semula..Setelah beberapa kali perbicaraan diadakan,Hakim Mahkamah Terengganu telah menolok petisyen tersebut...Umno dengan perasaan tidak puas hati membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan,Putrajaya...Setelah beberapa bulan membuat rayuan,akhirnya Hakim Mahkamah Persekutuan ,Putrajaya menolok rayuan umno terengganu...Ini bermakna Dun Ladang Kekal Di Tangan Pas....TAKBIR 3x

Assalamualaikum w.b.t...Tuhan yang maha pemurah dan penyayang masih lagi memberi ana peluang untuk hidup dan beribadah kepadanya...Dan tidak lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar penutup kepada segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah nabi muhammad s.a.w....Ana minta maaf banyak-banyak sekiranya keadaan blog ini tidak comel..Insyallah pada cuti ini blog ini akan diubah suai...Setelah dua miggu pelajar dq menempuh imtihan,pelbagai perkara telah berlaku..Ade bawa azimat,ada meniru kawan dan ade juga yang kena tangkap...Tidak tahulah banin ke banat...Ini semua telah menjadi fitrah pelajar dq sejak ditubuhkan lagi...Kalau dekat banin,ade yang menghafaz tengah malam dalam pukul 3...Tp kalau dekat banat tidak tahulah....Kalau pelajar thanawi3 banin,ngapa siang dan malam sebab sehari dua madah...Setakat ini sahaja dapat ana coretkan pada kali ini..Mudah-mudahan allah taala membuka pintu -pintu hati kita supaya dapat menjawab peperiksaan yang tinggal hanya seminggu lagi..wassalam

Assalamualaikum w.b.t...Bersyukur kepada allah kerana dapat bertemu lagi pada kali ini.....Pada hari selasa 5/5/2009,seramai 45 orang siswa& siswi tahun 3 jurusan syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra,Kelantan telah mengadakan lawatan ke Maahad Darul Quran,Rusila diiringi oleh seorang guru pengiring yang juga kawan karib kepada As-Syaikh Hamzah Ibnu Ngah iaitu Ustaz Zulkarnain Bin Hasan..Lawatan ini bertujuan untuk mendengar sedikit penerangan tentang Maahad Darul Quran...Peserta lawatan ini tiba di Maahad Darul Quran lebih kurang pukul 2.00 petang dan disambut oleh dua orang pensyarah Maahad..Antaranya As-Syaikh Hamzah Ibnu Ngah dan Prof. Jailani Ibnu Mamat...Selepas solat zohor,rombongan dari KIAS ini diundang ke Dewan Besar Maahad Darul Quran untuk makan tengahari dan mendengar taklimat serta bertukar-tukar cenderahati..Taklimat ini dipengerusikan oleh Prof.Jailani Ibnu Mamat...Setelah selesai taklimat, rombongan dari KIAS melawat kelas banin& banat,asrama dan rumah ketua gerakan islam malaysia iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang.....Sekian Wassalam















































Assalamualaikum w.b.t...Para pelajar Maahad Darul Quran akan menempuh satu peperangan yang akan berlansung pada 11 Mei hingga 28 Mei ini..Peperangan ini akan berlaku selama 3 minggu..Senjata utama ialah pen dan kertas yang akan menguji ketajaman minda pelajar2 dan ketahanan fizikal pelajar...Pada tahun2 yang lalu,akan ade di kalangan pelajar yang buat "AZIMAT"..Pelajar yang melakukan perkara ini dinamakan pelajar "SEKAT OTOK".....Jangan marah tau...Nanti x dapat jawab pekse..Ini doa untuk berjaya........

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bukakanlah Pintu Hati Pelajar-Pelajar,
Semoga Dapat Menjawab Soalan-Soalan,
AMIN......................

Assalamualaikum w.b.t...Pada awal tahun baru nie thanawi 3 banin telah menubuhkan majlis "SYURA"...Tujuan "SYURA" ditubuhkan adalah untuk memutuskan satu masalah yang dilakukan oleh thanawi 3..Tapikat banat dok tau lah tubuh dok lagi.....Antara barisan kepimpinan "SYURA" banin ialah...

Ketua :Al Akh Huzaifah Zakaria
Tim.Ketua :Al Akh Hilmi Jusoh
S/U :Al Akh Muaz Anuar
Bendahari :Al Akh Subaweh Wahab
U.Jualan :Al Akh W.M.Nor Hazlan













































































Assalamualaikum w.b.t....Allhamdulillah dapat lagi kita bertemu setelah sekalian lama tidak bertemu...Pada kali ini ana akan memberi pengenalan mengenai thanawi 3 pada tahun ini .....Bilangan thanawi 3 pada tahun ini seramai 78 orang terdiri daripada 44 orang banin dan 34 orang banat..Thanawi 3 tahun ini adalah generasi ke 25 Maahad Darul Quran....Pada tahun ini thanawi 3 banin mengadakan jualan keropok,sosej,daging burger,jeruk manis,kerepek pedas dan yang lain 2 lu pikir lah sendiri...Seramai 5-6 orang akan ditugaskan untuk menguuskan jualan itu...Ramai thanawi 3 di kalangan pimpinan .Ade pengawas sekolah,ppdq,dan pengawas buku dan lain2 pengawas lagi...Pada tahun ini adalah tahun akhir memegang jawatan..Insyaallah pada tahun hadapan akan berada di kelas Robi" Thanawi....Semua pelajar thanawi 3 diamanahkan oleh ustaz untuk menjaga asrama..Moga2 dapat menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin..........























Pada 21/4/09 Lujnah Penerangan(PPDQ)2009 menganjurkan ceramah perdana mengupas isu-isu semasa politik,pendidikan,pentadbiran negara dan lain-lain..Ceramah ini bermula pukul 9.30 malam dan bertempat di Dewan Besar Maahad Darul Quran,Rusila menampilkan penceramah-penceramah hebat di kalangan tenaga pengajar maahad sendiri...Ceramah ini hanya untuk warga dq sahaja..Mat yie jangan wak bijok lah...Sekian..Wassalam

Assalamualaikum w.b.t...Inilah suasana hari pilihanraya bagi pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang...Ini adalah gambar-gambar peraih undi yang berada di laluan masuk ke tempat mengundi...Pada hari mengundi ini ,sebahagian daripada penduduk bagi kawasan P059 Bukit Gantang menunaikan tanggungjawab untuk mengundi...Nampak dalam gambar ini puak Zionis umno kekurangan petugas, yang ramainya penyokong pas yang datang dari jauh..Kebanyakannya dari Terengganu,kelantan dan lain-lain...Setakat ini sahaja dapat yang dicoretkan pada kali ini...Kita jumpa lagi dalam isu yang seterusnya...wassalam
























































































































Assalamualaikum w.b.t....Bersyukur yang tidak terhingga kepada allah yang maha besar kerana telah memberi kemenangan kepada calon PAKATAN RAKYAT bagi pilihanraya P059 Bukit Gantang iaitu Dato Seri Ir.Nizar Bin Jamaluddin..Ini adalah kerana allah s.w.t telah menetapkan Dato Seri menyambung amanah yang telah ditinggalkan oleh allayarham HJ ROSLAN..TAHNIAH Dato Seri...Ini menunjukkan rakyat negeri perak masih menyayangi PAKATAN RAKYAT walaupun kerajaan PAKATAN RAKYAT telah dirampas oleh umno yang "GILA KUASA"....Setelah kenaikan NAJIB sebagai PM ke-6 baru -baru ini ,kebencian rakyat telah sampai kepada tahap kritikal sehingga rakyat menzahirkan dengan memberi kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT pada pilihanraya BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU..Kita doakan mudah-mudahan allah s.w.t memberi PAKATAN RAKYAT menerajui Kerajaan Malaysia pada pilihanraya akan datang...ALLAHUAKHBAR 3

Pada pilihanraya P059 Bukit Gantang, telah berlaku sedikit ketegangan apabila pihak FRU telah melepaskan tembakan gas pemedih mata di sk Pangkalan Aor..Kejadian ini berlaku pada pukul 11.40 pagi..Ini berlaku akibat tindakan umno/bn mendirikan bangsal panas di laluan masuk pengundi dan mendakwa peraih undi daripada parti PAS memasuki kawasan umno/bn..Tindakan polis ini menakutkan para pengundi untuk membuang undi..Ini menunjukkan umno/bn dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan anggota keselamatan untuk menakutkan pegundi..JANGAN BIARKAN UMNO MENGUASAI MALAYSIA PADA MASA AKAN DATANG....TAKBIR..ALLAHUAKHBAR

ASSALAMUALAIKUM w.b.t....Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar ceramah terakhir sebelum hari pembuangan undi..Penceramah pada malam ini ialah Dato Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang,Ketua Pemuda DAP,Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan ramai lagi yang bertempat di Kampung Larut Tin..Ceramah ini pada mulanya bertempat di padang bola,tetapi dihalang oleh pihak polis laknatullah yang diperalatkan oleh parti zionis umno...Selepas membuat rundingan,penganjur bersetuju untuk membuat ceramah di sebuah rumah di belakang padang bola..Kira-kira 1000 orang telah menghadiri ceramah tersebut termasuk India dan Cina..Megapakah polis tidak membenarkan ceramah dibuat di padang bola?sedangkan permit telah diluluskan ?Ini kerana polis diperalat oleh umno..